Saturday, 5 April 2014

"Autumn" di Kedah

Kedah di landa musim bunga !!! ... hihi, itulah ayat spontan yang keluar dari mulut cik wanny tatkala melihat bunga-bunga berguguran di tepi highway dan hampir setiap hari cik wanny teruja gilerrr dengan suasana macam nihh.. ye laa! cik wanny ni setiap hari drive, ulang alik gi keje kt Alor Setar nihhh.. opkos lalu highway dan banyak bunga2 ini berguguran kt tepi higway, rasa macam kt korea lahh!! yuhhhuuu.. Ya Allah, bertapa agungnya ciptaanMu.. Cantik! dan tersangat damai.. Alhamdulillah

See ... 
















Haa.. U ols tgk, teruja kan.. mmg cantik dan sesuai sangatlah kalau ada pengantin2 nak buat outdoor photo shoot, alaa.. cik wanny tau mmg da ramai daaa x lepaskan peluang bergambar dgn pokok2 nihh, sbb cik wanny pun ada rasa yang sama.. heh! 

Ada kawan cik wanny bagitau, mmg tiap2 tahun negeri kesayangan cik wanny ni dilanda musim mcm ni, tp cik wanny xperasan laahh sbb x sehebat tahun nihh, hihihihihi... bila da berguguran jatuh ke bumi bagaikan bunga sakura, baru lah terasa kewujudannyaaa, huhuhuhuu ... bagaikan di Korea! wow.. cik wanny telah teruja ok.. :-)

Erm.. u ols nak tau lagi x.. pokok2 nih jenis Pokok Bunga Tecoma atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Tebebuia Pentaphylla. Kat kedah ni ada dua spesies pokok nih yang ditanam, satu kaler ros dan satu lagi kaler putih. dan untuk pengetahuan u ols jugak lahhh ... pokok2 nih akan tumbuh dan menghasilkan bunga-bunga yang mekar setiap Januari dan April tiap2 tahun bergantung pada cuaca sebab pokok nihh akan mekar ketika cuaca panas.. tahun ni kan kt Kedah ni mmg cuaca panas sangat, ala-ala musim luruh gitu.. haha!

Hmm.. ada lagi info, Di Kedah menggunakan benih bagi permulaan tanaman pokok-pokok ni. Habitat asal pokok-pokok ini datangnya dari Negara Maxico ke Venezuela dan Hindia Timor . Tempoh penanaman dari benih hinggalah ke berbunga mengambil masa sekurang-kurangnya 3-5 Tahun. Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.

Menarik kan.. actually, cik wanny dapat info nih dari kenalan cik wanny, Tuan Haji Azizan iaitu Ketua Unit Bahagian Landskap dan Rekreasi, Majlis Bandaraya Alor Setar, ala.. kenal2 camtu.. tetiba selalu meeting sekali, sempat la cik wanny interview sket sal pokok nihh.. cik wanny kan teruja !!! hihihi.. 

Pada pendapat cik wanny la kan.. Kedah berpotensi mewujudkan taman Sakura sama seperti kat Akasaka Palace Garden di Tokyo, atau Washington Monument yang banyak pokok Cherry Blossoms, boleh menarik ribuan pengunjung setiap kali bunganya mekar. hihihi.. berangan!! apa pun.. insyallah 


1 word !!!

Sayangi Pokok

1 comment: