Friday, 23 August 2013

Office & bunga

Assalamualakum..

Alhamdulillah, hari2 kehidupan cik wanny berlalu dengan lancar... walau makin sibuk, cik wanny hadapi dgn tenang, makin lama makin dah rasa biasa dan semakin selesa.. aminn

Bekerja di agensi UTC ni mmg byk pengorbanan masa, setiap masa kerja.. mana x nya, operasi 7 hari seminggu, agensi cik wanny ni pulak mmg da letakkan permanent staff kt sini, so staf cuma 4 org.. mmg terpaksa berkorban laa sementara nak tmbah staf lg huhu, alhamdullillah diberikan kesihatan yang baik.. dpt melaksanakan ibadat ini dengan selesa, cik wanny yakin.. pasti ada ganjarannya, insyallah

Kerja.. kerja.. kerja.. pastinya tanggungjawab yang diletakkan dibahu ini akan dilaksanakan sebaik mungkin! Setiap hari cik wanny berdoa agar Allah menjadikan cik wanny seorang pekerja yang dapat memuaskan hati majikan, dan pastinya hasil yang diperoleh adalah hasil yang terbaik! Hasil yang dikutip daripada idea2 bernas yang pastinya untuk penambahbaikan.. aminnn

16 ogos 2013, cik wanny mmg sibuk skali dekat opis cik wanny.. dato seri PM akan turun rasmi UTC Kedah, so mmg cik wanny berhabis2an stand by apa yg patut.. sama mcm agensi2 lain, masing2 sibuk.. mghias sebaik mgkin untuk lawatan dato' PM.

Makin suka cik wanny tgk agensi2 lain penuh dgn hiasan2 bunga & cik wanny rasa kedai bunga kt Alor Setar ni dah untung sgt dah.. heh!

Now cik wanny nak berkongsi pic2 yang cik wanny sempat snap time perasmian ni, masing2 mmg sibuk.. yang pasti cik wanny xtau apa jadi kt bawah di tapak perasmian sebab cik wanny sibuk kat atas dan mmg tak boleh nak turun langsung.. huhu

 
 
Dalam dok sibuk.. sempat jugak la cik wanny rekod! hikhik

 
  
 
 
             

                    
 
 
 
  
                        

 
 
 
>> Peace Yoo !!! <<
 
 

 
 




No comments:

Post a Comment